gamatexpress.blogspot

Pages

Friday, August 6, 2010

Kasih Sayang Yang Terindah

"mak....."

"hmmm..kenape pulak nie...? Muke mcm org mati laki jer..."

"erm...bukan mati laki mak....tapi..."

"tapi ape..?"

"tapi...Niesa nak berlaki...."

"haaa...??? Ko dah x betul ker Niesa..?
ko tue baru lepas SPM...result pun x dapat lagi...!"

"tapi mak... Abg Lan dah beriye-iye nak jadikan Niesa isteri die mak...
Boleh la mak..."

"ko jgn nak buat malu mak Niesa...ko cube ikut jejak langkah Kak Sya ko dgn Abg Long ko tu...
Belaja tinggi-tinggi dulu baru diorang kawin... Ko tgk Abg Long ko pakai kete ape skrg,,?
Dudk rumah besar-besar, gaji besar, senang lenang hidup diorang skrg..
Kak Sya ko pulak dapat kawin dgn Pilot lagi...ko nak kawin dgn budak kebun tu..??
Ko jgn buat malu mak Niesa..mak x restu ko nak kawin dengan Si Lan tu..!"

"makkkk......"

"sudah!! Ko pegi masuk bilik..mak x kuase nak tgk muke ko lagi..!"

"sampai hati makk...Niesa cume..."

"pegiiii..!!!"

Teresak-esak Niesa melepaskan tangis nya..apa kan daya cinta yg disemai nya bersama pemuda kampungnya tidak mendapat restu ibunya..Niesa telah kematian ayah sejak 5 tahun yang lalu..
Ibunya lah yang menyekolah kan nya..kakak dan abg long nya hanya tahu masukkan duit ke dalam akaun ibunya setiap bulan. Nak harapkan kakak dan abg long nya balik menjenguk ibunya di kampung, jgn harap lah...alasan nya tetap sama..."kami sibuk lah mak, byk kerja di pejabat, nanti kami senang, kami balik ya mak.."
Naik jemu mendengarkan alasan yang sama.. Namun ibunya tetap x kisah..apa yg penting, anak-anaknya berjaya, dah jadi orang kaya..tiap-tiap bulan duit je yang melimpah, tapi kasih sayang..?
Jgnkan kata melimpah...setitis pun tidak ditunjukkan...itulah adat dunia...

"abg Lan...siang tadi Niesa dah bgtau mak pasal hasrat abg nak pinang Niesa..tapi,,,"

"tapi..mak Niesa x setuju..?"
"ermmm..nampaknya mcm tu lah abg...
mak langsung xnak dgr penjelasan Niesa...."

Esakan Niesa berkumandang lagi...

"tak ape lah Niesa..mungkin mak Niesa masih terkejut..kita bg dia masa dulu, mana tahu nanti mak Niesa setuju..nanti abg mintak mak abg dtg ke rumah Niesa ye..."

"tapi..mcm mane kalau mak tetap x setuju..?"

"jgn risau syg..insyaALLAH, tuhan akan bantu kita ke arah niat yang baik ni...
Jgn nangis lagi ye syg..."

Malam ni gelap sgt...xde sebutir bintang pun kat langit...bulan pun xde... Suasana mlm ni sama seperti gelodaknya hati Niesa. Niesa x lena memejamkan matanya, apa yg difikirkan skrg, bagaimana mahu melembutkan hati ibunya...

"Ya Allah Ya Tuhanku... Kau bukakanlah pintu hati ibuku untuk menerima Abg Lan..."
Bisik hati kecilnya.

Pagi yang tinggi dengan seribu harapan buat Niesa.

"selamat pagi mak..."

"selamat pagi...awal ko bangun Sa..."

"ermm..Niesa nak pegi balai raya sekejap lagi mak.."

"nak buat apa..?"

"hari ni ada latihan mak...latihan Randai..latihan Cak Lempong pun sekali harini..
Abg Lan "kepala" nya mak."

"si Lan tu..? Ko xpayah pegi latihan arini Sa..ko duduk rumah tlg mak siapkan tempahan jahitan."

"makkk...Niesa dah janji dgn Liya nak pegi latihan mak..."

"sudahhh2...ko duduk rumah..jgn pegi mana2..! Ko janji dgn Liya ke atau ko janji dgn Lan tukang kebun tu..?? Ko ingat mak bodoh ye Niesa..??"

"makkk...tlg lahh..jgn mcm nie mak...izinkan Niesa pegi mak..."

Panggggggggg!!!!!
Hinggap satu tamparan di pipi Niesa.
"ko menjawab lagi Niesaaa!!! Aku kate duduk rumah, duduk jelah!! Susah sgt ke nak dgr ckp aku..??
Pegi atas! Kemas rumah!!"

"sampai hati mak...Niesa x sangka mak sanggup tampar Niesa..."

Tersentuh hati keibuan Makcik Leha, tak pernah dia sampai naikkan tangan di muka anaknya. Memang prinsipnya utk tidak berkasar dgn anak-anaknya, oleh kerana keegoan seorang ibu tadi, hinggap jua satu tamparan di pipi anak nya...

"biarkan...budak tuh perlu di ajar.. Ntah sape-sape punya perangai dia amik...degil sgt!!"
Ngomel ibu Niesa sendirian.

"ASSALAMUALAIKUM.....
Cik Leha...Oooo Cik Lehaaa..."


"Uiiiii... Wa"alaikummussalam....
Ohhh...Cik Nab... Ada apa ni dtg siang-siang ni..?
Naik lah Cik Nab.. Letak selipar di bawah ye.. Saye baru sapu lantai tu..."
Sindir Makcik Leha.

"hmmmm..apa dimahukan Mak Si Lan ni...dtg dgn Pak Taib pulak.."
Bisik hati cemburu Makcik Leha.

"Cik Leha...kami dtg ni ada hajat.."

"hajat apanya Cik Nab..?"

"hajat kami ingin memetik bunga yang sedang mekar...
Sebelum dipetik orang, harap-harapnya kami terlebih dahulu yg memetiknya..."


"ohhhh..bunga yang mana satu Cik Nab..? Bunga kertas ke, bunga orkid ke atau bunga mawar..?"

"eh, eh...bercanda pulak Cik Leha ni..tentu lah kami nak memetik bunga Si Niesa tu...
Maklumlah tgh mekar cantik..."

"ohhhh...Niesa yee Cik Nab... Tahu pulak Cik Nab Niesa tu cantik ya..? Nak dijodohkan dgn anak Cik Nab yg tukang kebun tu ke..?






Terguris hati ibu Lan mendengar sindiran ibu Niesa, namun dek kerana anak kesayangan nya Lan, ditabahkan jua hatinya utk berdepan dgn Cik Leha..bukan dia tak tahu Cik Leha ni memang sombong orgnya, malah bukan hanya dia dan Pak Taib yg berkata begitu, satu kampung tahu Cik Leha memang agak riak orangnya..maklum lah anak-anaknya semua menjadi orang...
Makan pakai Cik Leha terjaga rapi oleh anak-anaknya..tiada yg kurang pun..kecuali.. Orang kampung tidak pernah nampak anak-anak Cik Leha pulang ke kampung melainkan hari raya pertama. Lepas Asar je, anak-anaknya lesap lagi...

"Cik Leha..kami dtg ni dgn hajat yg murni, dgn niat yang baik... Kami sedar anak kami Lan tu x sepadan dgn anak Cik Leha tu, namun apa kan daya, darah orang muda, daripada mereka berkawan tanpa ada ikatan, lebih baik kita satukan mereka tu..sejuk mata memandang... Mereka pun dah sama-sama suka..jadi tidak salah rasanya...x begitu Cik Leha..?"

"sejuk mata memandang Pak Taib kata..? Mata Pak Taib memang lah sejuk..mata saya nie panasss.. Sakittt..bila tgk anak saya ke hulu ke hilir dgn budak Lan tu...makan sendiri pun x cukup..nak bagi anak saya makan pulak,,?? Jgn nak mimpi Pak Taib oiii... Muka Si Lan tu punnn x setanding dgn tumit anak saya Pak Taib tahuuu..??"

"Cik Leha....kite bincang lah baik-baik...pasal wang hantaran.. Cik Leha x perlu lah risau.. Saya ada duit simpanan sikit..berapa pun yg Cik Leha mtk..InsyaAllah saya berikan..."

"betul ni Cik Nab..? Kalau macam tu saya akan setuju dgn pernikahan ni dgn syarat wang hantaran sebanyak RM 35,000.00 tunai..!"

Terbeliak mata ibu dan ayah Lan..tidak disangka-sangka sebegitu byk yg diminta oleh Makcik Leha.

"baiklah Cik Leha..akan saya usahakan.."
Balas Pak Taib.

"yelahh Pak Taib.. Jgn lama-lama sgt usahakan..nanti takut x sempat pulak...maklumlahh Pak Taib tu bukan boleh hidup lama sgt pun..."

Menitik airmata ibu Lan..bongkak sungguh bakal besan nya ni..
Bakal besan..? Jgn berangan Nab..bisik hatinya.

Niesa yang dari tadi curi-curi mendengar perbulan ibunya dan kedua orang tua kekasihnya menangis terhinjut-hinjut menahan pilu. Tak disangka-sangka ibunya sanggup meletakkan wang hantaran sebanyak tu.. "mana abg Lan nak cari duit sebanyak tu..." katanya tersedu-sedu.

"haa yg ko menangis kat tepi pintu ni macam org x betul kenapa..??
Ko dah dgr ye Sa? Bagus lah ko dgr semua nya.. Xpayah mak susah-susah nak bgtau ko lagi..
Ko dgr sini baik-baik Sa.. Mulai hari ni, mak xnak ko berkawan dgn Si Lan tu lagi..! Ko jgn nak curi-curi jumpa dia, jgn ko nak ingatkan lagi budak kebun tu..!"

"makkkkkkkk.... Niesa x boleh makkk...niesa x sanggup berpisah dgn abg lan mak...
Tlg lah mak....niesa merayu sgt2 kat mak...
Sampai bersujud Niesa dikaki ibunya. Tapi Ego ibunya telah mengatasi segalanya.
Makcik Leha sepak Niesa, meringkuk anak nya itu di tepi dinding.
"ko jgn melawan ckp aku Niesa.!! Aku kata putus, ko mesti putus dgn budak tu!! Aku x suka ko berkawan dgn budak miskin macam tu!!"

"makkkk...sampai hati mak...sebelum nie niesa xpenah melawan ckp mak..Niesa cuma mahukan restu dari mak je..tlg lah mak...kalau mak x kasi Niesa kawin dgn Abg Lan, xpelah mak..tapi izinkan lah Niesa berkawan dgn Abg Lan..tlg lah mak..."

" jgn mengada-ngada Niesa...!!! Mak tetap x izinkan..!!"

Makcik Leha berlalu meninggal Niesa dgn hati yang puas. Puas anak nya tewas dgn keegoan nya.

"selagi aku hidup Niesa, aku akan pastikan ko kawin dgn budak yang kaya raya, bukan mcm budak Lan tu." bisik hati Makcik Leha.

Malam ni Niesa tekad, dikumpulnya seluruh kekuatan utk lari dari rumah. Dia tekad utk hidup bersama insan yg dicintainya selama ini. Bukan setahun dua dia menyemai cinta bersama Razlan, tapi sejak dia berumur 13 tahun dia telah mula berkasih sayang dgn pemuda itu. Walau mereka mempunyai jarak umur yang agak jauh, anggaran 7 tahun, namun itu semua tidak menghalang dua insan ini utk terus melayari alam percintaan mereka. Walaupun Razlan mulanya tidak setuju sama sekali dgn cadangan Niesa, tapi oleh desakan Niesa yg berulang kali, lembut juga hati lelakinya.
Razlan cuma mampu berdoa agar semuanya menjadi seperti sedia kala. Semoga pintu hati Makcik Leha terbuka jua utk menerimanya.

Malah, ibunya tidak pernah tahu, Razlan lah yang banyak membantu Niesa dalam soal pelajaran.
Razlan akan pastikan Niesa sentiasa mendapat keputusan yang terbaik dalam apa jua ujian yang diambil oleh Niesa. Niat Razlan bukan hanya mahu bercinta dgn Niesa, tapi dia akan pastikan, walaupun mereka menyemai benih cinta dengan usia Niesa yg masih muda, Razlan tidak mahu Niesa gagal dalam pelajaran. Buktinya, peperiksaan percubaan SPM tempoh hari, Niesa berjaya memperoleh 7 A1 dan 2 A2. Itu semua kerana Razlan byk membantu Niesa mengulangkaji pelajaran. Razlan bukannya bodoh, cuma keluarga nay tidak berkemampuan untuk menghantarnya menyambung pelajaran, oleh itu, razlan tekad untuk terus bekerja selepas tamat tingkatan lima.

Namun ibunya tetap bongkak, tetap berkata anaknya memang dilahirkan bijak pandai sejak dari azali lagi. Tak perlu dihantar kelas tambahan atau ke tempat tuisyen, Niesa tetap menjadi calon terbaik SPM di sekolahnya.

"mak...ampunkan Niesa.. Niesa nak pegi jauh dari kampung ni..Niesa nak mulakan hidup baru bersama Abg Lan..Niesa cintakan Abg Lan..dan Niesa tetap sygkan mak sampai bila-bila...
Ampunkan Niesa mak... Halalkan makan minum Niesa sejak mak susukan Niesa hingga sekarang.
Assalamualaikum.."

Sehelai nota diletakkan diatas meja soleknya. Niesa melangkah dgn hati yg berat, harapannya cuma satu, semoga ibunya memaafkan nya.

Hidup dikota tidak seindah yang disangka Niesa dan Razlan. Mujurlah Razlan mempunyai kenalan di Seremban, disanalah dia membawa Niesa utk memulakan perjalanan hidup mereka. Dengan berbekalkan duit hanya RM 1,000.00, Razlan menyewa sebuah rumah flat kos rendah, mereka membeli alatan rumah apa yang termampu, begitu juga alas tidur suami dan isteri ini. Selebih duitnya, Razlan simpan utk mencari pekerjaan dan modal sebelum dia mendapat upah kerja di Restoran Negeri. Mujurlah Tuhan memudahkan nya, dalam masa 2 hari Razlan di seremban, dia sudah mendapat pekerjaan, walaupun upahnya hanya cukup-cukup makan, Razlan terima jua dgn hati yg terbuka. Niesa pula tinggal dirumah, mengambil upah membasuh baju jiran-jiran, menjaga anak jiran, ataupun apa sahaja yg boleh mendatangkan punca rezeki.

Sedar x sedar, sudah lebih 5 bulan mereka hidup sebagai suami isteri. Walaupun kehidupan x semewah orang lain, namun Niesa tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yg mewah dgn kasih sayang. Dengan bermodalkan yg x seberapa, Niesa mencuba nasib menjual kuih muih dan nasi lemak di bawah flat nya. Alhamdulillah, rezeki nya semakin murah..dgn wang itu juga, Niesa kirimkan buat ibunya di Kampung melalui wang pos, biar x byk, namun tetap diingat.
Itulah prinsip Niesa. Ibunya tetap dlm ingatan dan hatinya sampai bila-bila.
Semoga tuhan memberkati kehidupan nya bersama suaminya, dan semoga mak maafkan Niesa.
Itulah harapan Niesa setiap saat.

Berita yang disampaikan oleh kawan suaminya petang tadi meresahkan hati Niesa.

"Niesa...Ooooo Niesa... Ko ada kat rumah x..?
Niesaaa...."

"yerr...Niesa ada ni..sekejap ye.."

"ohhh Udin..ada apa Din..? Tercungap-cungap je ko ni.."

"Sa..aku ada berita buruk nak kasi tahu ko ni..."

"berita buruk.?? Kenape?? Abg Lan kemalangan ke..? Abg Lan sakit ke?? Mana Abg Lan..??
Dinnnn..Mana Abg Lan..??"

"bukann...bukann.. Bukan Lan.. Lan baik-baik je..tapi ni mak ko Sa..."

"alhamdulillah...Niesa ingatkan ada apa-apa berlaku dgn Abg..."

"Sa..ko dgr x Din ckp ape tadi..?"

"apa dia..? Apa Din ckp td..?"

"Ya Allah...budak ni..mak ko Sa...mak ko sakit tenat.."


"makkk..??? Ma..makk Sa sakit te..nat..??
Mana ko tahu Din..? Sape bgtahu ko..? Mak Sa kat mane sekarang,,? Dia ok kan Din..?"

"mak ko ade kat rumah dia..mak ko dah lama sakit Sa..tapi Din baru tahu 2 hari lepas..
Dgr cite mak ko dah x sedar diri...ko balik la Sa..ajak Lan blk..jenguk mak ko...."

Niesa hanya mampu mengangguk...

"terima kasih Din sbb bgtahu Sa..."

"sama-sama...ko blk lah pagi esok..ni dah lewat petang, nanti Din belikan tiket bas, malam karang Din singgah rumah lagi ya..Din mtk diri dulu, ko jaga diri Sa..jgn ikut perasaan sgt, anak dlm kandungan tu perlu dijaga jugak..."

"baiklah Din..InsyaALLAH..." kata Niesa sambil tgn nya mengusap perut nya..
"sayang...nenek sakit kat kampung..nanti kita blk jumpa nenek ya..."
Bagai mengetahui apa yg dimaksudkan oleh ibunya, anak dalam kandungan Niesa memberi tindak balas apabila perutnya terasa ditendang.

Perjalanan selama 10 jam dalam bas cukup meletihkan. Namun, dalam tempoh masa itu juga, Niesa tak dapat melelapkan mata, hatinya risau memikirkan keadaan ibunya.
"semoga mak x apa-apa..." Rintih hatinya.

Setibanya Niesa dan Razlan di rumah Kampung halaman, org kampung sudah berkumpul dirumah Makcik Leha. Hati Niesa mula tidak enak. Langkah nya terhenti melihat Ibu dan ayah razlan yang juga mertua nya. Perasaan bersalah mula menyelinap ke dalam sanubari nya. Namun di kuat kan juga hati nya, segala semngat dan kekuatan dikumpul seeratnya utk berhadapan dengan segala macam risiko yang bakal menjelma. "tabah lah hati..." bisik hati sayu Niesa.

Genggaman tgn Razlan semakin kuat. Razlan bagaikan mengerti apa yg belegar-legar didalam kotak fikiran Niesa ketika ini. Sebuah senyuman di damparkan buat isteri tercinta..
"Jom sayang..jumpa mak..." Razlan berbicara separa berbisik.

Tgn ibu dan ayah Razlan Niesa salam dgn penuh hormat dan kasih sayang. Sangkanya mertua nya tidak sudi menyambut huluran salamnya, namun kucupan kasih seorang ibu buat anaknya juga diberikan oleh ibu Razlan kepadanya. Itulah kasih seorang ibu..harapannya semoga mak nya juga berlembut hati...



"Sa..." panggil Ibu Razlan.

"ye makcik..."

"bukan makcik... Ibu.. Panggil ibu..."

"ye ibu..."

"ibu ada benda nak bgtau pada Sa... Ibu harap Niesa tabah ya nak.."

"apa dia Bu,,?"

"mak Sa sebenarnya dah 2 minggu sakit, dalam tempoh masa tu jugak dia asik memanggil-manggil nama Niesa.. Dia asik pegang surat-surat yg Sa kirim, wang-wang pos yg Sa kirimkan, semua ada bersama dia skrg.. Mak Sa macam dah x kenal org keliling lagi.. Ibu dah telefon kakak dan abg long Sa, tapi diorang kata diorang sibuk.. Kak Sya katanya dia di Sabah selama sebulan kat sane, Abg Long Sa pulak katanya dia x de cuti..dia ada kursus. Ibu tak tahu nak bg tahu siapa lagi, sampailah ibu jumpa Din 3 hari lepas, kebetulan Din blk kampung, Ibu kirimkan berita ni pada Sa."

Saat itu, tak ada lain lagi yang mampu Niesa katakan melainkan airmata nya yg laju mengalir.
Niesa terus berlari mendapatkan ibunya, tidak dihiraukan lagi anak didalam kandungan nya.

"makkkkkkkkkkk....ampunkan Niesa makkk...ampunkan Niesa....."
Teresak-esak Niesa di kaki ibunya.

"Niesa berdosa besar pada makk..ampunkan Niesa mak.. X sepatutnya Niesa biarkan mak mcm ni sorg2...mak...Niesa janji x akan tinggalkan mak lagi...."

"ko sape ni...ko bukan Niesa...ko bukan anak aku..!!!"

tersentak Niesa mendengar kata-kata ibunya.

"makkkk..ni Niesa mak...Niesa anak mak..ampunkan Niesa mak..."

Sayu seluruh rumah itu mendengarkan pemohonan ampun dari Niesa. Semua org turut sedih dan pilu melihat keadaan Cik Leha. Tak di sangka-sangka seorang wanita yang ligat, sihat, akhirnya menjadi begini... Inilah jalan Allah, kita tak tahu apa yang akan berlaku...
Sabar dgn apa yang telah terjadi, redha dgn apa yang akan terjadi. Tabah dgn apa yg sdg dihadapi, dan tawakkal dgn kesudahannya... Subhanallah... Besarnya kuasa mu Ya Allah.. Bisik hati Cik Nab, Ibu Razlan.

"kau bukan anak aku..!!! Aku x de anak macam ko!!! Anak aku semua cantik-cantik, semua pandai-pandai, bukan macam ko..ko x cantik, ko bodoh, tgk lah baju yg ko pakai, baju lusuh!!! Ko bukan anak aku!!!! Berambus ko dari sini..!!! Berambusssss!!!!!"

Ditolaknya badan Niesa, mujur Niesa tidak apa-apa, Razlan terus memeluk Niesa. Meredakan tangisan isteri tersayang nya. Namun Niesa tetap berdegil, tetap mahu memujuk ibunya. Walaupun dia sedar ibunya sudah tak waras lagi, tapi dikuatkan jua semangat nya, dia mahu ibunya tahu, dialah Niesa, anak mak...

"mak....Niesa mtk ampun mak..tlg lah ampunkan Niesa. Niesa janji Niesa xkan tinggalkan mak lagi..ampunkan Niesa mak..." rintih Niesa tanpa jemu.

Ibunya tetap tidak mahu mengaku Niesa adalah anaknya.

"satu-satu Niesa syg Mak...
Dua-dua Niesa syg Mak...
Tiga-tiga Niesa syg Abah...
Satu dua tiga syg mak abah..."

Niesa menyanyi didalam sendunya.
Hanya lagu itu harapan nya kini. Semoga ibunya masih ingat, lagu itu sering dinyanyikan Niesa utk Ibunya. Memang sering kali dinyanyikan Niesa dgn lirik yg sebegitu, bg nya, dia menyayangi ibunya terlebih dahulu kemudian barulah abah nya.

"mak....." Niesa merenung muka ibunya dengan pandangan yg sayu. Comot sungguh ibunya. Tak pernah dia lihat ibunya dalam keadaan yg begini. Selalunya ibu nya amat menitik beratkan soal rupa paras, kebersihan, baju yg cantik-cantik, tapi kini..ibunya bukan seperti sedia kala.
"kesian mak..." bisiknya lagi.

"Niesa...." panggil makcik Leha.

"makkkkk...mak ingat Niesa..? Nie Niesa mak..anak mak..."

"Niesa..Anak mak..."

"Ya Allah....terima kasih Ya Allahhh..aku bersyukur dgn Rahmat Mu..."
Seru Niesa dalam esakkan nya.

"Niesa pegi mane nak..kenape Niesa tinggalkan mak..."

Razlan tak dapat menahan sayu lagi, gugur juga airmata jantan nya. Begitu juga dengan Cik Nab.

"Mak...Niesa mtk ampun....Niesa kawin x mtk restu mak..ampunkan Niesa mak...."

"Niesa kawin..? Hahahahahahahaaa...bodoh ko ni! Kawin dgn org miskin! Tukang kebun ye?
Hahahahahahaaa...

Makcik Leha tak dpt dikawal lagi. Dia sudah mula hilang akal. Makcik Leha mula mengganas. Semua barang-barang didalam rumahnya dibaling, di campakkan sesuka hatinya. Dengan tiba-tiba makcik Leha berlari ke luar rumah, menjerit-jerit nama Niesa, nama anak-anaknya. Bercakap yg bukan-bukan. Makcik Leha sudah diluar batasan. Razlan menghalang Niesa utk mengejar ibunya. Razlan bimbang Niesa akan cedera. Orang kampung megejar makcik Leha.

"baaaammmmmmmmmmmmm...!!!! Terpekik semua orang kampung.

"makkkkkkkkkkkk...Ya Allahhhhhhhhh..makkkkkkkkkkkkk....!!!!!!"
Jerit Niesa apabila dia ternampak tubuh ibunya terbaring diatas jalan raya.
Sebuah bas telah terlanggar makcik Leha ketika dia sedang berlari terhuyung hayang. Pemandu bas tidak dapat mengawal stereng dan akhirnya terbabas.

"makkkkkkkkkkkk...bangunnn makkkk...jgn tinggalkan niesa mak...."

"Nie....saa....rintih makcik Leha.

"makkkkkkk...bertahan mak...sekejap lagi ambulan sampai...mak.. Mak bertahan ye mak.....
Ampunkan Niesa mak..Niesa janji lepas nie Niesa xkan tinggalkan mak lagi..."

"Niesa....mak ampunkan Niesa.... Tersekat-sekat makcik Leha melahirkan kata-katanya.
Saat itu juga, hembusan nafas yg terakhir dihembuskan oleh makcik Leha.

"makkkkkkkkkkkkkkkkk..!!!!! Jerit Niesa sekuat hati.

Majlis pengebumian berjalan dgn lancar. Kenduri doa selamat juga akan diadakan utk tiga malam berturut-turut. Harapan Niesa dan Razlan hanya satu, semoga roh mak ditempatkan dikalangan
org-org yg beriman...

Seminggu sudah pemergian makcik Leha. Selama seminggu itu juga kakak dan abg Long Niesa masih belum pulang ke kampung. Padahal kabar berita telah dikirimkan.
Sibuk sgt kah mereka sampai mak sendiri meninggal pun x de masa nak blk..?
Niesa berjeda keseorangan.

"Niesaaaaaaaa..Niesaaaaaaaa!!!!! Jerit seorang perempuan lewat 30an diluar

"yerr....sekejap..Niesa dtg...
Ohhh akak, abg Long... Masuk lah kak, abg Long..." jemput Niesa penuh hormat.

"xpayah lah kami kejap je...bila mak mati..?" kata abg Long nya.

"abg..mak meninggal..bukan mati.... Dah seminggu dah bang...kak...
Kenapa akak, abg Long x balik....?"

"kami sebok..hmmm dah selesai dah semuanya kan? Rumah buruk ni ko duduk lah...
Kami x ingin...tanah-tanah mak, abah yg berduyun-duyun tu pun ko amik lah..kami xnak..kesian kat ko pulak kang, makan pasir pulak klu kami amik..." celah kakak Niesa.

"akak, abg Long, naiklah dulu..kita borak kat atas..pasal tanah-tanah, dusun ke ape, xpayah la dibincangkan lagi buat masa ni, kubur arwah mak pun merah lagi abg, akak..." Niesa berlembut.
"ahhhh..xpayah-xpayah...akak kejap je ni.. Dah nak blk dah... Ok lahh ape2 hal ko call lah akak..tu pun klu penting je..klu x penting xpyh nak menyusahkan akak pulak.."

"abg pun sama, abg nak blk dulu..lusa abg nak ke Korea, ada projek baru. Ko jage diri baik2..."

"abg..akak...tinggal sehari dua kat sini...ziarah lah kubur mak abah dulu...kita kan adik beradik...
Apa salah nya kita bertiga bersatu kejap..x lama pun abg, akak..kejap je..." rayu Niesa.

"xde mase la Niesa..nanti lah lain kali ok..kalau ko nak pakai duit ke ape, call je akak, nanti akak bank in kan...akak balik dulu."

"hmm...time kasih abg, akak, sebab sudi jenguk rumah mak.. Sepatutnya abg akak pegi lah ziarah kubur mak abah kejap, bukan lama sgt pun.."

"ko nie..faham x abg Long kata abg sibuk..kak Sya ko pun sibuk...lain kali la Sa...
Ko jelah tlg sedekah Al-Fatihah bg pihak kami ya."

"sibuk betul abg akak ni, sampai mak meninggal pun akak abg x blk..dulu arwah abah meninggal pun akak ngan abg pun x balik...sibuk memanjang, abg, akak...sesibuk mana pun kita, kalau dah sampai sanggup abaikan mak abah, x berkat hidup kita bang...akak.."

"ko x payah lah susah-susah nasihatkan kami Sa...ko tu jage la diri baik2...akak tgk perut ko tu dah memboyot dah..kang xpasal-pasal ko pulak yg mati..."

Saat itu Razlan tiba dirumah. Berdesing telinga Razlan terdengar ayat kak Sya yg akhir tadi.. Sampai begitu sekali anggapan kak Sya terhadap Niesa. "sabarlah sayang.." bisik hati kecil Razlan.

Jatuh lagi airmata Niesa berhadapan dgn kakak dan abangnya seketika tadi. Niesa dah x tahu bagaimana lagi harus dia berlembut dgn abg dan kakak nya. Harapan nya setelah kematian kedua org tua nya, diharap abg dan kakak nya akan berubah, namun harapan hnya tinggal anganan.
Bagi kakak dan abang nya, hidup didunia mengatasi segalanya. X de duit, manusia mati. X de mak bapak, boleh lagi teruskan hidup. "Berkatilah hidup abang dan kakak ku Ya Allah..." itulah harapannya kini.





Berita yang dilihat Niesa tgh hari tadi mendebar-debarkan jiwa nya.
"betul ke tu abg Long..? Tapi..xkan lah... Ermm..tapi Taufiq Bin Salleh, memang tepat nama abg Long nya. Abg Long ke tu..?"
Hati Niesa semakin lama semakin resah gelisah. Akhirnya terlerai juga kekusutan Niesa, lelaki yg keluar didalam berita pendek tgh hari tadi memang sah abg Long nya. Abg Long nya disahkan berkhalwat dengan seorang isteri kepada Dato" yg terkenal di Malaysia, tuduhan kedua pula abg Long nya dituduh menyeleweng wang syarikat sebanyak RM 2.5 juta..! Kedua-dua tuduhan ini menyabitkan abg Long nya terpaksa meringkuk dalam penjara selama 25tahun.


"Ya Allah...begitu cepat pembalasan Mu Ya Allah...Kau ampunilah dosa-dosa abang Long ku Ya Allah..." rayu Niesa dgn penuh kesal.

5 tahun selepas itu...

"adikkkkk... Meh turun makan syg...ajak abah sekali...umi masak special hari ni..."

"Ok umi...kejap lagi adik turun yee..."

Nur Syafiqah Salleha Bt Razlan. Cahaya mata kepada kedua org suami dan isteri ini setelah lebih 5 tahun mereka bersama. Syafiqah Salleha nama yang diambil daripada nama Ibu Niesa, "Leha" nama Abah Niesa, Salleh, nama Abg Long nya, tauFIQ, dan nama kakak nya, SYAlina.
Begitulah mendalam nya kasih sayang Niesa buat keluarga nya. Walaupun kedua orang tua Niesa telah meninggal dunia, tapi, kasih sayang Niesa buat kedua Ibu dan Abah nya tidak pernah pudar.
Walaupun abg Long nya kini sedang menjalani hukuman di penjara, doa serta semangat yg dikirimkan Niesa, menjadi kekuatan dan keazaman buat Taufiq. Kakak Niesa Syalina pula telah lama tak pulang ke kampung, dengar cerita kakaknya telah bercerai dgn suaminya, dan kini sedang menetap di London bersama-sama suami barunya, dengar kabar dengan "org putih".
Harapan Niesa, semoga suatu hari, kakak nya pulang jua ke kampung halamanya.

Razlan kini telah bergelar petani moden yg berjaya. Tanaman sayur-sayur kampung dan buah-buahan tempatan nya telah mendapat sambutan yang hangat di pasaran. Alhamdullilah, berkat kesabaran dan usaha yang gigih, akhirnya membuahkan hasil yang amat memuaskan untuk mereka sekeluarga.


Nur Khairunnisa dan Razlan akhirnya memperoleh nikmat hidup yang di impi-impikan selama ini. Mereka mula merasa tenang dan bahagia yang teramat. Semoga kebahagian ini berkekalan hingga ke hujung nyawa. Itulah harapan kedua orang suami isteri ini.

"abang Lan...terima kasih atas semua yang telah abg curahkan pada Sa... Sa xdpt nak balas bang...
Sa hanya boleh bg abg semangat, kekuatan, kasih sayang dan cinta Sa pada abg. Sa janji itu semua xkan berkurang buat abg.. Sa akan sentiasa menjadi penyokong abg..."

"sama-sama Sa.. Abg pun nak ucapkan terima kasih kat Sa, kalau bukan kerana Sa, abg xkan sampai ke tahap ni... Terima kasih sayang...."

Sebuah kucupan mesra buat isteri tersayang di hadiahkan utk Niesa.

Semoga semua ini berkekalan sampai bila-bila Ya Allah... Bisik hati Niesa.


TAMAT.


P/S : cerpen ke-2 dari saye.. terima kasih kerana sudi membace..
jgn lupa comment ok... thanx.. ("",)

0 comments:

Post a Comment