gamatexpress.blogspot

Pages

Wednesday, September 1, 2010

Mak Niiii

" Mak ada orang datang ni.," kuat Aminah melaung dari depan. Tetamu yang hadir sekadar menelan liur. Uish! Anak daramenjerit sampai bergegar gegendang telinga.
" Aminahberapa kali mak dah pesan jangan menjerit-jerit! Kamu ni.," Mak Timah yang muncul dari dapur terus merungut-rungut.
" Eheh kak Pah..," terus nadanya berubah ceria. Senyuman tersungging di bibir. Drama swasta sebentar! Hehe..
Aminah sekadar memandang kosong. Dia masih statik di tempat asal. Apa watak-watak yang tetamu ni bawa. Kenapa aku tak pernah tau pun! Ah, lantaklah. Tak penting pun. Bukan masuk exam.
Baru saja dia memalingkan badan dan memulakan langkah
" Aminah buatkan air!," arahan mandatori dari mak. Aduhai mak ni. Saja je nak test skill membancuh air aku time-time macam ni. Dibuatnya muka seposen. Kot-kot lah mak nak consider pasal arahan tadi tapi nampak gaya tetamu mengaburi mata mak. Aku pun dia dah tak layan.
Dengan langkah yang berat, kakinya diatur ke dapur. Mengigil tangan masa buka penutup bekas air. Apa ke benda nivibrate pulak dah! Bancuh air je puncool Mincool aku kan pakar bab-bab ni.
Tak sampai beberapa minit, air telah pun siap dihidang. Berkerut muka tetamu time meneguk air hasil tangannya. Dia perasan renungan tajam dari mak. Tapi buat donĺt know jela.. .

*****

Gelak tawa memenuhi ruang makan. Masing-masing mempamerkan aksi tidak percaya.
" Berani gila kau ye!," Ruby mencelah.
" Tu arkau ni..agak-agak ah! Mau orang tu cirit birit ke apa, tak ke haru!," ujar Peĺah pulak sambil ketawa. Teruk betullah kawan aku nihampeh! Hehe.
" Dah tuaku nak buat macam mana korang tau jela mak aku. Bukan boleh nampak yang standard sikit. Takkan aku nak strongkan lagi dia punya harapannak berlagak lemah lembutpandai masakpandai buat kerja rumahoh never and ever!," ujar Aminah lantang.
" Nanti tak pasal-pasal, tak sampai sebulan korang dah dapat invitation perkahwinan aku," sambungnya lagi. Kedua-dua temannya masih terkekek-kekek sambil memegang perut.
PAP! Buku Biologi tepat mengenai bahu Peĺah. Berkerut kening. Tahu sakit.
" Tak payahlah gelak macam orang tak pernah gelak," marah Aminah. Gila over gelak sampai terduduk-duduk. Hisy!
" Okey sorrylahheheCuma lawak la mesti kawan gila menyesal minum air yang kau buat semalam. Entah berapa kali keluar masuk toilet!," ketawa lagi.
Aminah tersenyum sumbing.
" Jom ar masuk kelas ," ketiga-tiga mereka bergerak meninggalkan kantin sekolah yang riuh macam pasar malam tu.

Di dalam kelas

" Min.dengar cite, ada orang masuk meminang kau," sampuk Mia dari belakang. Belum sempat Aminah melabuhkan punggung atas kerusi plastiknya. Aduhai.. kepoci betul! Mana ntah dia pergi kutip khabar angin ni tak releven langsung!
" Yang kau sibuk sangat dengan benda tu apasal," balas Aminah dingin. Ruby dengan Peĺah dah standby kat sebelahheh! Aku ni macam ada bonzer la pulaktapi dua-dua bonzer kecikhehe
Mia menjungkit kening. Berlagak!
" Eleh kau jangan nak perasanlah anak mak cik Pah tu nanti berkenan kat kau. Aku seribu kali cantik dari kau mesti aku yang dapat dia!," ujar Mia tiba-tiba. Eeiii..riak betul! Aminah tersenyum jengkel
" Aku peduli apa anak mak cik Pah kekuih pau kesampah keapa-apa kekau amik jelahyang mana-mana yang sesuai dengan kecantikan kau yang tiada tandingan ni.. I donĺt care ok! Just mind your own business!," serentak itu ketawa meletus. Semua orang ketawakan Mia. Mia geram! Kaki dihentakkan manja ke lantaidan terus dia berlalu keluar dari kelas.
" Pelik betul aku dengan minah tu baru form 5, dah kalut-kalut nak bersaing pasal lelaki. Entah siapa anak Mak cik Pah tueh, siapa ye mak cik Pah tu?," soal Aminah slumber dengan muka poyo tak tau nak kata.
Dahinya diketuk!
" Heikepala-kepala jangan main ar. Hilang ilmu akukutip balik..," marah Aminah.
" Kau la mak cik Pah mana pulak dah! Yang datang rumah kau tulahhisy!," Ruby dan Peĺah geleng kepala. Aminah tersenyum kelat. Yeke! Hehe tak kenal

*****

Selepas 3 tahun.

" Mak Min tak nak!," tegas Aminah bersuara.
" Kenapa.. give me one good reason?," wow! Speaking mak akuhehedia tergelak dalam hati. Melihatkan wajah serius di hadapannya itu, tak terkeluar rasanya ketawa. Macam ada benda je yang tersangkut kat kerongkong ni.
" Min tak nak. Itu je. Tak taulah nak fikir reason apa. Kalau boleh boleh mak bagi Min seminggu Min prepare paper work sekali..," sempat lagi dia bercanda.
PAP! Pantas je tangan mak naik ke bahunya. Adus.sakit wooo~~
" Orang cakap serius dia main-main pulak ye. Mak tanya lagi sekali, kenapa tak nak," wajah mak serius sangat tak terkata.
" Sebab Min tak suka purple Min suka merah!," ok thatĺs it. Aku takkan pakai baju ni. Never!

*****

Riuh sekali suasana rumah Aminah pada petang itu. Aduhai makjanganlah bagi Min rasa segan. Mak ni.
" Assalamualaikum," suara itu menyapa dari belakang. Aku nak buat apa ni. Cabut lari nak! Idea bodohtukar plan dijeling sekilas tangannyamak aih, vibrate tahap Parkinson gila teruk ni!
Baju kurung Pahang yang berwarna ungu elok tersarung di tubuhnya yang lampai itu. Ini semua sebab mak lapandai je basuh baju favourite aku, sedangkan tak pakai pun. Taktik tengokaku kena ambil kos la dengan maknampak gayanya
" Assalamualaikum," sekali lagi salam dihulur. Alamak lupa ada orang lah. Berat sekali rasa nak angkat kepala ni. Tapi digagahkan jugak. Dipandang sekitar kawasan luar rumahnya gaya macam first time datang sini. Heh! Nervous!
" Nur Aminah Abdul Fahim!," amik kau dia dah panggil full name. kali ni, nak tak nak kena pandang jugak. Mata bertemu mata la.. dia ke! Betul ke apa yang aku lihat ni mata aku tak menipu! Yes Min. senyuman secara spontan memekar di bibir.
" Kenapa? Terkejut?," soalnya orang itu lagi. Aminah menggeleng.
" Tak sangka je," lantas dia tertawa kecil.
" So amacam! Still tak nak.," soalnya dengan penuh makna.
" Masih dalam pertimbangan,"
" Main tarik tali hhhmmmtakpekita tengok siapa yang menang!," selamba dia menjawab. Aminah mencebik. Berlagak nak mampus!
" Aminah.ajak Faisal masuk," laung mak kuat dari dalam rumah. Ye mak! Tak perlu kot buat announcement sekuat tu
Aminah masih lagi degil dengan keputusannya. TAK NAK! Keras kepala betul.
" Macam mana Kak Timah, kita nikahkan jela diorang tu!," tercekik Aminah dengar ayat tu. Gila ke apa. Takde ribut takde taufan.. tiba-tiba NIKAH!
" Mak Min tak setuju!," ceh macam bagus je Min melahirkan pendapat. Faisal dah tergelak kecil namun cepat jugak dia mendapat jelingan pedas dari Min.
" Kenapa mak kalut sangat nak nikahkan Min ni?," soalan cepu emas itu terkeluar jugak.
Namun reaksi yang diterima, agak-agak mengelirukan. Err Aminah terkelu lidah. Aku tersalah soalan ke. Kenapa semua pandang pelik ni. Janganlah ! janganlah !
" Siapa pulak yang cakap nak nikahkan Min mak Pah cakap pasal Kak Sofiya la," what! MAK!!!!! Malunya. Ya Allahgila malu! Mana aku nak nyorok ni belakang sofa boleh tak. Nampak macam muat je. Malu! Huhuhu.
Semua dah gelak. Aminah malu. Kenapalah mulut ni terlebih perisa sangatkan dah malu. Depan umum pulak tu. Aduhai~ dijeling ke arah Faisal di sebelah. Terkekek ketawa, tak ingat dunia. Over!

*****

" Hahahahahahahaha," hanya itu saja yang keluar dari mulut member Aminah. Dia menjeling geram! Aku malu gila..korang seronok ketawa pulak.
" Kau nikenapa kalut sangat Min," Peĺah ketawa. Tau jela si Peĺah ni..kalau gelak sampai terduduk-duduk. Perangai tak ubah-ubah.
" Mana aku taumak cakap tak clear. Faisal puntanya soalan ala-ala macam nak ajak aku kahwin hehehemana aku tak terkonfius!," Aminah tersenyum kelat..heheaku malu!
" Suka ke dengan Faisal tu dulu siap tanya anak mak cik Pah yang mana..kan-kan Rubyaku ingat lagi time tu," Peĺah tersenyum nakal. Ruby pun! Jahat betul la korang ni.
" Aku suka la!," ZAPPP!!!! What did I said just now alamak! Dah terlepas ke kantoi!
Peĺah dengan Ruby berlagak selamba. Kenapa sejak akhir-akhir ni orang kat sekeliling aku tak react dengan sepatutnya.
" Aku dah agak dah time kau curi-curi pandang dia dulu pun aku dah tau!," Ruby membuat ulasan.
" Saya pun dah agak," Peĺah.eh wait! Itu suara Peĺah ke kenapa lain je!
Dikalih wajahnya ke kiri, memang terlopong betul! MALUNYA!!!!!!!!!!!!!!
Muka dah panas. Faisal tersengih kat sebelah. Ni idea bengong sape ni!!aku dapat tau sape aku ketuk-ketuk kepala orang tu.
" Idea baik punya dari mak cik Timahhehehe..," semangat gila Peĺah menjawab bagi pihak mak.

MAK.. aduhai~

Mak ni. Suka bagi Min malu! Orang malu mak malu!
" So nak ke tak nak," straight foward punya soalan. Semua memandangnya sambil tersengih.
Aminah pura-pura merajuk. Sebenarnya nak cover malu je tu.
" Offer last for ten second only!," perlahan kedengaran suara Faisal. Aminah kalut.
" Nak la.," serentak itu mereka ketawa. Sekali lagi Aminah terpinga-pinga! Eiitak suka betul la dikelilingi manusia yang pelik-pelik ni.

*****

" Aku terima nikahnya Nur Aminah binti Abdul Fahim dengan mas kahwin sebanyak seratus ringgit tunai!," lancar sekali Faisal menuturkan lafaz nikah.
Cincin disarungkan ke jari manis, dan ciuman kasih terpahat di dahi.
" Lepas ni tak boleh tidur dengan bantal busuk dah Min!," tiba-tiba suara mak Timah di celah keriuhan tetamu.
Memerah muka Aminah. Semua dah tak tahan nak gelak. Lagi-lagi si Faisal dengan senyuman nakal dia.
Mak ni.saja je! Min malu.

0 comments:

Post a Comment