gamatexpress.blogspot

Pages

Sunday, August 1, 2010

Menantu untuk mama

" Bapak arr..gila betol! Betul ke? Waa..mana kau dengar? Tak nak! Tolong arr..serius aku tak nakkkkk!" protes Bazyli tidak puas hati. Adiknya, Basir hanya tersenyum.
"Kalau abang tak nak, pass kat aku lah..orangnya lawa abang..Amabel. Nama pun dah unik. Anak kacukan weh. Lawa..serius lawa. Mama dah berkenan gila dengan budak tuh..hehe"
"Kepala otak kau! Abang tak kenal pun dia! No love, no marriage!" tambah Bazyli. Basir hanya mencebik.
"Abang ni tak habis-habis..terpengaruh dengan novel arr tu!..suka berangan. Terima lah abang..kesian kat mama. Amabel tu perempuan ke 29 yang mama pilih tau..hish..tak reti lah aku dengan abang ni! Umur dah lapuk!" tempelak Basir lagi. Kali ini, giliran Bazyli pula mencebik.
"Aaa..tak kira! Mama tu yang mengada-ngada tak discuss satu benda dengan abang tu apsal? Bukan salah abang! Abang nak cari cinta abang sendiri..kau apa tahu..yang nak kahwin pasni abang! Yang nak buat anak pasni pun abang jugak! Bukan kau or mama! Abang tak nak! Call mama, cakap kat dia, abang tak nak! Abang tolak!"
"Tapi..weh..abang..kan kecik hati pulak orang tua tuh..aduyyyy…tension aku!"
"My decision is final".
Tamat. Perbualan petang itu tamat dengan kedegilan aku yang semakin membuak-buak. Aku tahu, Basir sudah mula tertekan dengan sikap aku yang tak reti-reti nak kahwin. Umur aku tahun ni dah 35 tapi girlfriend pun tak ada. Bukan aku tak try cari tapi entah lah..
"Kau tu yang memilih sangat! Perasan! Setakat muka macam tu, berlambak, tapi ego je lebih!". Kata-kata mama seakan-akan berdesing di telinga aku. Memang aku cerewet. Weii, mesti lah kena cerewet! Takkan main tangkap muat je! Aku nak cari yang terbaik, aku nak kahwin sekali je beb, so..mesti cari yang terbaik, terbagus, terhebat, terlengkap, tersegala-galanya! Yes, the only one..yang the best!!
"Kau tahu, kadang-kadang cinta ni unik woo.." cetus Farid ketika aku dan dia sedang membeli lauk untuk dinner di pasar malam petang itu, after kerja. Aku jadi pelik. Dia perli aku ke? Mentang-mentang lah dah kahwin bulan lepas..
"Kenapa? Apa yang unik? Tak faham aku..?"
"Sebab, kita kadang-kadang boleh jatuh cinta bila-bila masa saja, di mana jua anda berada dalam apa jua keadaan, understand?"
Aku tersengih. Betul, tapi kenapa jodoh aku tak sampai-sampai lagi?
"Aku setuju..tapi, kenapa kau tiba-tiba cakap pasal ni pulak? Sindir aku ke??" Farid ketawa besar.
"Memang! Kau tak pernah terfikir ke weh..entah-entah jodoh kau tu sebenarnya pernah berselisih bahu dengan kau, ada dalam antara ramai-ramai orang ni? Kau tak pernah fikir macam tu ke? Tak pernah?" Aku termenung seketika. Farid tenung muka aku.
"Tak pernah kot..??" balasku selamba. Farid kelihatan marah. Aku gelak. Geli hati.
"Nah, kau amik batu ni!" Farid menyumbatkan anak batu ke dalam genggaman tangan kananku. Aku cuba mengelak tapi terlambat.
"Weh..weh..kenapa? Nak buat pe? Kotor la.."
"Ambik!"
"Nak buat pe?"
"Buat baling!"
"Hah? Gila! Baling kat sapa? Tengah ramai-ramai orang ni.."
"Baling je lah..kat sape-sape..baling kat orang depan lah..jangan baling kat aku pulak!" gesa Farid berulang-ulang kali.
"Hisy…tapi kenapa?"
"Baling dulu lah, mana lah tau, kau boleh dapat jodoh dengan cara macam tuh! Cepat lah! Baling!" Biar betul Farid ni. Otak cibai jugak. Aku pulak, macam lembu kena cucuk hidung, ikut je arahan bengong Farid. Alang-alang baling, biar baling kuat-kuat. Puh..puh..minta-minta sampai lah jodoh aku!
"Adoi!!!" jerit seorang perempuan. Aku dan Farid menyorok di belakang gerai sate. Farid angkat kening sambil tersenyum lebar.
"Berjaya!"
"Apa yang berjaya?"
"At least, kau baling batu tu kena kat perempuan, bukan kat laki! Reti?" Aku angguk. Sengih sambil angkat ibu jari.
"Bagus..jom kita pergi tengok bakal isteri kau!"
"Babi arr..menatang bengong mana baling batu kat aku? Cibai! Celaka punya orang!! Gila keeeeeeeeeeeeeeee???" pekik seorang perempuan dengan bengisnya. Aku dan Farid saling berpandangan. Ini bukan jodoh, tapi malapetaka!! Farid ternganga.
"Uissshh..dasyatnya! Power gila mulut perempuan tuh! Siot je..idea kau memang tak boleh pakai! Entah apa jenis perempuan nanti jadi mangsa balingan aku. Aku cari isteri, bukan cari gangster! Bapak arrr..dasyat gila doe..! Seram aku!"
"Haha..uiii..nasib baik dia tak tahu siapa yang baling kan..jom blah weh..aduyyyyy…" Farid mengheret lengan aku untuk pulang. Aku sempat menoleh untuk kali kedua ke arah perempuan yang masih terpekik-pekik itu. Sepasang anak mata yang sedang menyinga itu menyentak jantungku.
"Tak kira! Balik sekarang! Sekarang! Kalau kau ingkar, jangan harap nak cium bau syurga! Ingat, syurga itu di bawah telapak kaki mama, faham?!" jerit mama di hujung talian. Klik! Talian dimatikan. Aku menggaru kepala. Ini mesti kes Amabel. Memang perempuan tu lawa, tapi aku tak suka perempuan macam tu, maksud aku perempuan yang terlajak lawa. Bukan apa, kalau perempuan macam tu, bila dah kahwin nanti, sure..memang gerenti arr dia akan perasan bagus, orang cantik lah katakan..dia mesti nak jadi queen control!! Aaaa..tak nak aku!! Ces!
"I love party..bersosial tu is part of my life.." suara Amabel yang manja kedengaran jelik di telinga aku. Aku menguis telinga. Malam itu, aku menurut kehendak mama untuk majlis makan malam bersama Amabel. Perempuan tu dressing maut arr! Potongan seksi gaun malamnya pada bahagian dada sedikit sebanyak mendebarkan jiwa lelaki aku. Basir yang duduk di sebelah kananku dari tadi merenung lurah dada Amabel yang sangat menyeksa kebatinan kami berdua. Aku hanya melayannya acuh tidak acuh.
"Baguslah tu, boleh accompany Bazyli pergi event apa-apa ke, kannnn??" mama membela Amabel sambil mengelip matanya beberapa kali kepadaku. Amboi, mama! Minta maaf..aku tak setuju!
"Oww..really? I pulak, tak suka suasana bising..i prefer to stay at home". Aku membalas kata-kata Amabel sambil memeluk tubuh. Dia kelihatan terkejut.
"Err..i thought that you.." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku sudah memintas.
"Sebab I ni bos company kereta yang besar..jadi you fikir I ni suka bersosial? No..dengan clients tu..maybe..but not with other people..especially..women" sengaja aku tekankan perkataan terakhir itu. Amabel mula bosan. Aku menjerit kesukaan dalam hati.
"I nak wife I stay kat rumah jadi isteri dan ibu yang mithali, are you willing?"
"No..erp..yes..hurm..erp..i mean.." Amabel kalut, sedar dia sudah terlepas cakap.
"Your first answer is ‘NO’, right? So..that’s all..anda direject untuk jadi wife saya, terima kasih", Aku bingkas bangun. Mama di sebelah tergamam. Basir yang sedang menghirup sirap tersedak, hanya papa yang angkat ibu jari kepada ku. Thanks, papa!
"Bye, mama! I’m going home now!!’’
BMW 320d Convertible milik aku meluncur laju di jalan raya. Aku melonggarkan tali leher yang terasa menjerut dan menyesakkan nafas. Susahnya nak cari isteri! Serabut! Aku mengetuk stereng beberapa kali. Entah dosa apa yang aku buat sampai susah macam ni nak kahwin! Tiba-tiba Farid menghubungiku. Aku memperlahankan kereta.
"Wei…sayang!!!" sapa Farid dengan mesra sebaik aku menekan butang ‘answer’.
"Gila kau! Isteri kau tak layan kau ke malam ni? sayang-sayang dengan aku pulak! Bodo betul.."
"Haha..relek lah bro..kau buat apa ni?"
"Drive" balasku pendek. Farid ketawa lagi. Jelesnya aku dengan kau Farid. Happy je..orang ada isteri, tak macam aku..sepi..waaa…
"Cepat wish congratulations kat aku, cepat..cepat!"
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku bakal jadi ayah! Yayyyy…!!! Hahahaha!" Aku tersenyum kelat. Bertuah kau Farid! Bertambah jeles aku. Eiii!!!
"Weh..cepatnya..anyway..congrates.."
"Tengok orang arr..aku ada skill weh..nanti kau nak kahwin, tuntut ilmu dengan aku dulu, hahaha!"
"Karut ar kau ni..blah lah kau, pergi jaga bini kau la!"
"Ok..tu je aku nak bagitau..selamat tinggal, sayangku! Hahahaha!"
"Yerk..!"
Tension! Farid dah nak jadi bapak orang, aku pulak girlfriend pun tak ada. Teringat pula perbualan mak ngah dengan mama masa cuti raya tahun lepas.
"Anak kau kenapa tak kahwin-kahwin lagi? Ada masalah apa?"
"Entah la..berbuih dah mulut aku suruh dia kahwin, bukan setakat suruh, siap paksa lagi, tapi budak tu degil..degil..tak nak dengar cakap orang..geram aku!"
"Entah-entah dia tak ada nafsu kat perempuan kot?"
"Uiii..kau ni! Jangan cabul sangat mulut tu! Anak aku normal..aku jamin normal.."
"Eleh..kau kena ingat..normal-normal pun..kalau kahwin lambat..jadi tak normal jugak.."
"Kenapa pulak?"
"Kang kecut habis..tak ada tenaga..tak tegang..susah lah kau nak dapat cucu nanti!"
Bapak arrr..!! Suka hati dia je tuduh aku macam tu! Aaaa..gila! Mana aku nak cari perempuan ni? Mana? Mana? Siapa nak jadi bini akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu???!!!
Srettttttttttttt..!!! Aku menekan brek kecemasan. Fuh..nasib baik tak langgar kucing! Aduyy..tekanan! Tekanan! Aku mengambil keputusan untuk stop. Dari jauh, aku lihat ada kedai ‘Seven Eleven’.
Tin Nescafe mocha aku sepak tanpa jemu sepanjang perjalanan yang membosankan itu. Kereta telah aku parkir entah di mana.Aku menyusuri lorong gelap di sebalik bangunan-bangunan besar. Entah apa yang aku cari, aku sendiri tidak pasti. Aku stress dan aku perlu melakukan sesuatu untuk menghilangkan perasaan ini. Esok aku kena kerja. Aku harus focus, jadi..macam mana sekalipun, aku kena relek sereleknya malam ni jugak! Masa aku tengah berjalan, tiba-tiba aku terdengar suara perempuan menangis. Mak aih..hantu ke? Entah-entah, berbinikan pontianak lah aku nanti? Uii..!!
Aku berhenti melangkah. Di sebalik kotak-kotak yang menimbun di belakang sebuah bangunan, duduk seorang perempuan sambil memeluk lutut. Then, of cause lah dia yang menangis tadi tu! Aku tidak berani mendekatinya. Aku hanya memandangnya dari jauh. Eii..takut lah pulak! Entah-entah, perempuan tu saja buat skill menangis, padahal dia nak rompak aku!
Sepuluh minit berlalu. Aku masih berdiri di situ sambil merenung perempuan itu. Dia masih menangis. Sedih melampau-lampau agaknya, sampai sepuluh minit nangis, tak reti-reti nak stop lagi? Aduy..aku memang tak memahami perempuan!
"Jangan kesat hingus awak dengan baju..kotor nanti..nah..amik sapu tangan saya.." aku merapati gadis itu. Aku duduk bertinggung di sisinya. Gadis itu mengangkat muka. Cantik. Jantungku berdebar-debar.
"Ambil lah..saya bagi free.." aku menyuakan sekali lagi sapu tangan ke arahnya. Dia kelihatan teragak-agak tapi, ambil juga.
"Thanks.." ucapnya dengan suara yang sudah serak dan masih sebak. Aku angkat bahu sambil tersenyum tawar.
"Saya dah nak pergi..awak simpan lah sapu tangan tu..dah la nangis tu, buruk! Bye!" aku mula mengatur langkah tapi perempuan itu pantas memelukku. Waaaaa…alamak! Apa ni! Gila arr..dia nak rogol aku apa? Mamaaa!!
"Wei..weiii…" aku menolak perempuan itu. Dia menangis makin kuat. Aku jadi cuak. Sudah lah seksi, peluk aku pulak..kang tak pasal-pasal jadi benda lain, dah la tempat ni gelap, tak ada orang pulak tu! Astaghfirullah…
"Tolong saya.." rintihnya sambil teresak-esak. Aik?
"Tapi kenapa saya? Kenapa saya nak tolong awak pulak? Erp..ok..sorry..hurm..apa dia?" Aku jadi makin cuak. Pelik sungguh perempuan ni.
"Kahwin dengan saya!"
"Hah?" Jodoh jatuh dari langit ke apa ni wahai tuhan?
"Ini kuncinya Encik Bazyli..bilik 204, aras 2..terima kasih kerana memilih Hotel Hilton..". Kunci bertukar tangan. Aku pantas mengheret perempuan tadi ke bilik 204. Sudah pukul 2 pagi! Esok aku kena kerja! Nuria. Namanya cantik.
"Awak duduk sini..i mean tidur sini..esok kita nikah.." kataku. Nuria merenung aku dengan pandangan mata yang berkaca-kaca.
"Habis tu awak?"
"Saya balik tidur rumah lah..takkan nak tidur sini dengan awak kot.."
"Thanks.." ucapnya sambil menggengam tanganku. Aku melihat tangannya yang melekat kemas di tanganku. Hatiku berdegup kencang. Bagaikan terkena kejutan eletrik. Darahku terasa tersirap. Nafasku mula sesak. Stim!
Buat pertama kalinya aku mencium seorang perempuan. Entah apa yang merasukku, aku sendiri tidak tahu. Bibir mungil Nuria aku cium tanpa henti, makin lama makin rakus sehingga Nuria merengek kerana sesak nafas. Aku tersedar. Ya Allah!
"I’m sorry..saya tak patut..maaf..say.."
"Awak balik lah! Balik!" dia menolakku keluar dari bilik. Aku angkat tangan. Alhamdulillah, aku masih terkawal lagi.
"Okay..saya balik! Take care..bye.."
Malam itu, aku tidak dapat tidur. Bayangan Nuria dan cerita-cerita yang disampaikannya berlegar-legar di benakku. Namun, pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku mula merasakan aku sudah jatuh cinta padanya. Merepek! Tapi, itu lah kebenarannya. Aku jatuh cinta pada seorang pelacur! Wajah lembut Nuria yang basah dengan air mata telah mencuri hati aku.
"Saya tahu permintaan saya ni melampau..tapi..saya mohon..saya merayu sangat..tolong saya..tolong saya keluar dari dosa ni..saya dah tak sanggup..angkat lah darjat saya..buat la kebaikan untuk saya..tolong..saya rayu..saya percaya..awak mampu membimbing saya…tolong..tolong la saya…"
Subhanallah..benarkah Nuria jodoh aku? Perempuan seperti itu kah yang aku ingin jadikan sebagai isteri? Betapa aku memilih selama ini..tapi, takkan pengakhirannya begini? Dasyat! Teruk ni, mana boleh!
Air mata Nuria menitis ke lantai. Aku memandang sayu kepadanya. Rasa bersalah hadir bertubi-tubi dalam hatiku. Pagi esoknya, aku menemui Nuria dan menjelaskan segala-galanya.
"Maafkan saya..saya tau saya salah..tapi..erp.." aku kehilangan kata-kata. Kalau lah kau bukan perempuan yang macam tu..kalau lah..
"Saya dah agak..mana ada lelaki yang baik dan hidupnya sempurna macam awak akan sanggup pilih isteri yang seorang pelacur kan..saya faham tu..awak tak payah nak terang..saya faham..and I’m okay with it.." Dia mengesat air mata. Aku tunduk.Dia merenung aku lama.
"Semoga bertemu jodoh yang baik" ucapnya perlahan sebelum pergi. Tiba-tiba aku jadi sedih, padahal perkenalan kami tidak sampai 24 jam! Sejak itu, aku tidak lagi bertemu dengannya. Aku mencarinya di merata-rata tempat tapi hampa. Huargh!! Aku jadi tidak keruan. Perempuan yang aku kenali dengan nama Nuria itu sudah hilang! Aku memang betul-betul kehilangannya. Buat pertama kalinya juga, aku menangis kerana perempuan asing itu.
"Baz..tension je kau seminggu dua ni..macam ada problem..kau ni apsal?" tegur Farid. Aku mengeluh. Pen diletakkan di atas file. Notebook ditutup. Wajah Farid menjadi focus utamaku.
"Aku jatuh cinta".
"What?!!" Farid seperti ingin melompat. Matanya membulat.
"But the problem is.." balasku dengan wajah masam.
"Kenapa? Apa masalahnya? Come on..tell me.."
"That woman.."
"Why? What’s the matter? Kau jangan bagitau aku dia bini orang.."
"No..bukan..tapi.."
"Habis apa?" Lama aku diam sebelum menyambung.
"Erp..dia..hurm..Dia pelacur"
"Ha???" Farid meneguk air liur. Aku mengangguk. Dia pula menggeleng kepala. Masing-masing menongkat kepala. Buntu.
"Aku rasa..masa silam orang yang kita cinta tu tak penting lagi, asal orang tu dah berubah..tapi..entah lah..depends arr..abang sendiri tu, boleh ke terima? Sanggup ke? Yang nak kahwin tu abang, yang nak buat anak pasni pun abang jugak kannn..???" Basir menambahkan tahap ketensionan aku. Aku keliru. Aku nak yang terbaik untuk keluarga aku. Bagi aku, perempuan yang baik adalah perkara pertama yang mesti dicari, kalau baik ibu, insyallah baik lah anak. Aku tak nak mencemarkan keturunan aku. Pelacur. Ibu kepada anak aku nanti seorang pelacur? Tak boleh!
"Kalau mama tau, mesti dia sumpah seranah si Nuria..abang pun tak tahu aa..tapi, kau tau la..dalam banyak-banyak perempuan..abang dah jatuh cinta pada dia aa.."
"No love, no marriage kan? Now..You already fall in love...so...what’s next?" sela Basir sambil memaut bahuku.
"Marriage?" jawabku. Basir mengangguk.
Malam ini malam ketujuh. Malam ketujuh aku bangun untuk solat istikharah. Dinihari itu, aku menangis di tikar sembahyang. Seksanya aku menanggung rindu pada Nuria. Entah di mana perempuan itu sekarang. Elok-elok je dia dah nak berubah, nak keluar dari dosa lepas, aku pulak dengan egonya menolak gadis itu..menghancurkan harapannya, buat dia menangis..paling kejam, aku biarkan dia pergi begitu je..!! Arghh..!!
"Semoga bertemu jodoh yang baik", kata-kata Nuria membuatkan aku semakin bersalah. Tak pernah seorang pun yang mendoakan aku begitu. Keikhlasan kata-katanya dapat aku rasa, tiada lansung unsur sindiran atau marah yang tersirat. Ya Allah, andai ini takdir hidupku..Kau permudahkan lah..amin…
"Haa..Baz..dah lama sampai?" tegur Tasya mesra. Pagi pada hujung minggu itu aku habiskan di rumah Farid. Aku juga membalas senyuman isteri Farid itu dengan semesra mungkin. Farid menggamit Tasya supaya duduk di sebelahnya. Tasya hanya menurut permintaan suaminya. Wajahnya sedikit tembam, aku mencuri pandang pada perutnya yang sudah mula menonjol. Lima bulan sudah berlalu, tapi sampai sekarang aku masih tak jumpa Nuria.
"Apa kau menungkan tu?" soal Farid. Aku menggeleng. Tasya hanya memerhati.
"Nuria. Dah lima bulan weh.." luahku. Aku meraup muka. Kedua-dua laki bini itu turut mengeluh.
"Kita cari dia" cadang Tasya. Aku pandang wajahnya. Farid pun macam aku, terkejut.
"Betul..kita cari dia..kita kena cari dia..that’s the only way if you memang betul-betul want to marry her la.." tambah Tasya lagi.
"Tapi, kat mana? Dah merata aku cari..kat mana-mana tempat pun..tapi tak ada, tak jumpa.." aku sudah mula berputus asa. Kadang-kadang aku risau juga, bimbang kalau-kalau Nuria kembali menjadi pelacur.
"How about kat club? Sorry la Baz..tapi..mana tau kot-kot dia ada kat sana.." Farid berhati-hati menyusun bicara. Betul juga. Tasya turut mengangguk.
"Teman aku?" ajak aku. Farid angkat kening.
"Aku?" dia menunjuk pada dirinya.
"Yelah..takkan aku nak ajak Tasya kot..kau la..teman aku please..aku tak pernah pergi tempat macam tu.."
"Tapi.." Farid kelihatan serba salah. Wajah Tasya direnung.
"Ayang..boleh abang teman Baz? Boleh la ye..please..ayang bagi tak?" aku hampir tergelak mendengar Farid meminta izin daripada isterinya. Tasya kelihatan teragak-agak.
"Hurmm..ok, but..kalau abang menggatal, siap lah! Ayang lari balik rumah mak!" ugut Tasya. Farid memeluk isterinya.
"Thanks, ayang. I love U!! Hehe.."
"Hei, Baz! Hellooooo…mama ni! Ye..mama ni, mak kau! Kau ni nak jadi anak derhaka ye..tak call pun mama, dua bulan kau menyepi..eeee..geramnya!!" teriak mama di hujung talian. Telingaku terasa perit. Aku segera menjauhkan handphone dari telinga. Maaflah mama, tapi mama tu, terlalu mendesak Baz. Tekanan tau mama! Tekanan!
"Ye..Baz kenal suara mama tu.." balasku. Farid di sebelah tersengih melihatkan wajahku yang berubah menjadi kelat. Malam itu, kami dah siap sedia untuk misi mencari Nuria.
"Haa..nasib baik kau masih kenal suara mama. Hey..dengar sini Baz! Adik kau, si Basir tu dah nak bertunang dah..kau tu bila lagi? Nak tunggu siapa lagi Baz oii? Mama pun tension dengan kau, perangai kau tu bila nak berubah eh? Kau ingat jodoh tu boleh jatuh dari langit, gitu? Kena cari jugak..faham?" marah mama. Nah, mama dah mula membebel. Habislah kali ni..
"Faham mama.." balasku.
"Faham..faham..buatnya tidak..eeee, tak reti lah aku dengan perangai kau ni..entah-entah, aku mati pun tak sempat nak timang anak kau..kau tak kesian kan mama ke Baz? Tak kesian?" lirih sekali suara mama. Suasana berubah menjadi sedih. Ni yang buat aku lemah, mama guna psikologi pulak dah..
"Kesian mama.." balasku lagi. Farid di sebelah sudah tergelak. Aku menampar bahunya supaya dia diam.
"Hah, hantu mana pulak yang ketawa kat belakang tu? Kau kat mana ni? Tengah malam macam ni kau merayap lagi.."
"Tak da..si Farid kat sebelah ni..mana ada orang merayap..orang just cari apa yang mama nak la..orang cari menantu untuk mama, hehe.."
"Hah? Eh, kau jangan nak cari perempuan yang bukan-bukan tau Baz. Tengah malam macam ni kau nak cari kat mana menantu aku tu? Jangan nak cari pelacur pulak, aku tak mengaku anak lah kau nanti!" mama sudah memberi amaran. Aku tidak tahu hendak membalas apa lagi. Sedar-sedar, talian sudah putus.
"So, macam mana? Kita nak start kat mana?" soal Farid. Aku mengangkat bahu.
"I don’t know..I lost my mind" aku memperlahankan pemanduan. Farid pun tidak tahu untuk berkata apa.
"Sorry ar Farid..aku tau aku dah membebankan kau…tapi, aku start rasa yang it doesn’t work la.."
"Maknanya kau dah give up?"
"I guess.."
Dua minggu kemudian, aku menghabiskan masa dengan window shopping. Farid pula, seperti biasa menemani isterinya di rumah. Aku mula berasa bosan. Tiada satu benda pun yang dapat menarik perhatian aku. Aku leka melayan perasaaan. Berkhayal lagi.
"Sebab, kita kadang-kadang boleh jatuh cinta bila-bila masa saja, di mana jua anda berada dalam apa jua keadaan, understand?" kata-kata Farid kembali menusuk jiwaku.
"Memang! Kau tak pernah terfikir ke weh..entah-entah jodoh kau tu sebenarnya pernah berselisih bahu dengan kau, ada dalam antara ramai-ramai orang ni? Kau tak pernah fikir macam tu ke? Tak pernah?" Kali ini, kata-katanya semakin kuat menerjah ke gegendang telingaku.
Macam mana la, kalau-kalau Nuria tu dah pernah berselisih dengan aku selama beberapa bulan ni cuma aku saja tak perasan, macam mana? Or, how about, kalau tiba-tiba aku menoleh, orang kat sebelah aku tu dia? Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku menoleh ke sebelah kananku.
"Eh…Awak?"
Aku ternganga.
"Nuria?"
Asap panas dari kopi berkepul-kepul naik ke udara. Nuria membisu, dan kebisuan itu mendera perasaanku.
"Saya sayang awak" aku cuba meyakinkannya sekali lagi. Nuria menggeleng.
"Mama awak nanti macam mana?"
"Dia tak perlu tau kisah lalu awak, tak semua orang boleh terima, itu hakikatnya..yang penting, niat kita. Jadi isteri yang baik untuk saya, please?"
Mama diam. Papa pun diam. Basir juga diam. Aku berdebar-debar. Peluh sudah menitik. Aku menggengam erat tangan tok kadi.
"Saya terima nikahnya, Nuria Amandla bt Aminuddin dengan mas kahwin lapan puluh ringgit, tunaii.." lafazku lancar. Farid tersenyum lega. Tasya juga berpuas hati. Aku merapati Nuria yang duduk bersimpuh di sisi mama setelah urusan akad nikah selesai.
"Sayang…I akan jaga you.." sebuah kucupan ku hadiahkan di dahinya. Nuria memelukku. Mama menangis.
"Kenapa ma? Orang dah bawa menantu untuk mama..kenapa nangis pulak?"
"Eee..kau ni..tak reti lah perasaan orang tua..aku ni sedih, terharu, akhirnya kau nikah jugak! Alhamdulillah..cepat-cepat lah timang anak..jangan nak merancang pulak, umur tu dah lapuk! Hah.. lawan siapa paling cepat antara kau dengan Basir tu..haih.." Aku tergelak. Basir juga tergelak sama, semua orang gembira. Mana aci, Basir dah nikah seminggu awal!

0 comments:

Post a Comment