"Aku terima nikahnya Iman Indah binti Muhammad Saufi dengan mas kahwin RM80 tunai!"
Dengan sekali lafaz,Indah sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Aidil Irfan.Irfan menghampiri Indah yang duduk bersimpuh.Dia menghulurkan tangannya dan disambut oleh Indah.Sebuah kucupan lembut hinggap didahi Indah.Sebuah kucupan suci dari seorang suami untuk seorang isteri yang baru dinikahi.
Akan aku didik kau jadi seorang isteri yang solehah Indah…Hati kecil Irfan berbisik.
"Assalamualaikum…"ucapan salam yang lembut menyedarkan Indah dari lamunan.Pantas dia bangkit dari pembaringan.Irfan menghadiahkan senyuman lembut.
"Wa..alaikummussalam.."tergagap Indah menjawab.
Irfan menanggalkan sampinnya dan meletakkan di atas tempat baju.Butang baju melayunya juga dicabut satu persatu.Indah yang hanya memerhati menelan air liur.Dadanya berpalu hebat.Darahnya terasa berjalan terlalu laju.
"Abang nak mandi dulu.Dah nak dekat magrib ni.Nanti kita solat jemaah sama-sama ye.."Irfan berpesan dan hilang ke bilik air.
Indah hanya angguk.Abang??Hurm..
Selesai solat magrib berjemaah bersama,mereka bersama-sama membaca Surah Yasin sementara menunggu waktu Isyak.Hati Indah dapat merasakan ketenangan mendengar suara garau Irfan mengalunkan kalimah suci itu.Irfan memang pandai mengaji.Maklumlah,lulusan dari Universiti Al-Azhar.
Azan berkumandang tanda Isyak sudah tiba.Yasin ditangan diletakkan ditempatnya kembali dan suami isteri itu mula mendirikan solat isyak.
Usai solat,Irfan menghulurkan tangannya dan Indah menyambut.Sebuah kucupan hangat hinggap di dahi Indah.Itu…kucupan kedua selepas pernikahan tadi.Kalau tadi,Irfan tak hulurkan tangannya kerana mahu menyimpan air sembahnyang untuk solat Isyak.
Indah membuka telekungnya.Irfan,selamba menukar baju solatnya dengan t-shirt di hadapan Indah.Indah pula yang rasa malu,pantas memalingkan wajahnya dari melihat Irfan.Irfan perasan tu..Alahai isteriku…
Indah jadi canggung.Aduh..nak buat apa ni?Takkan naki berdiri tercongok kat sini?Irfan pula,sibuk membersihkan kaca mata dia yang berhabuk tu.Sebelum sedar,baik keluar dari bilik ni.
Pantas Indah mengagahkan dirinya berjalan keluar namun pantas Irfan memaut lengan Indah.Indah terkaku.Ya Allah…tolong Indah..
Perlahan,Irfan menarik tubuh Indah menghadap tubuhnya.Pinggang Indah dirangkul rapat ketubuhnya.Indah sudah rasa sesak nafas dan hanya menunduk memandang lantai..
Tangan kanan Irfan diletakkan keatas ubun-ubun Indah.Terdengar mulut Irfan terkumat-kamit.Indah hanya menutup mata.Hatinya gerun.Tanpa sedar.dia menolak dada Irfan sekuat hati hingga suaminya terlepas rangkulan dan pegangan di ubun-ubun..
"Awak…maaf..Saya tak boleh!Saya tak bersedia…"Indah menuturkannya.Air matanya tanpa ditahan-tahan,jatuh menuruni pipinya yang gebu.
Irfan tergamam.Dia cuba menghampiri Indah namun pantas Indah mengelak.
"Tolong!Jangan dekat dengan saya..Saya takut..Jangan!!!"Indah sudah meraung-raung.Irfan berdiri static.
"Indah…demi Allah…abang takkan apa-apakan Indah ok..Bawa bertenang..Tarik nafas sayang..Tarik nafas…"Irfan cuba berdiplomasi.Indah yang mendegar,kembali bertenang.
Irfan menghampiri Indah.Dia membawa Indah duduk di birai katil.Indah hanya diam tanda dia percaya Irfan tak akan melanggar janjinya.
"Irfan…saya minta maaf…"perlahan Indah menuturkannya.Irfan hanya tersenyum.Tangan kananIndah dicapai dan digenggam.
"Awak..saya kahwin dengan awak tanpa kenal awak lansung.Perkahwinan kita dirancang oleh mak ayah kita.Dan kita sebagai anak yang soleh,hanya menurut.Saya memang terkejut dengan semua ni.Dan….saya masih lagi tak bersedia…Awak…bagi ruang untuk saya….Saya…melaksanakan tugasan tu…saya…"Indah tak dapat meneruskan kata-katanya.
"Abang faham Indah..Abang faham tu..Sebelum abang,Indah dah ada pilihan ker?"Irfan menuturkannya berhati-hati..
Indah geleng."Demi Allah…tak ada lelaki lain yang pernah menakluki hati saya.Saya hanya serahkan cinta saya pada suami saya tapi sekarang…..saya perlukan waktu untuk mencintai awak dan menyerahkan jiwa raga saya…Saya harap awak faham…"
"Abang tak akan paksa Indah kalau betul Indah tak bersedia.Abang tak mahu benda tu terjadi tanpa kerelaan Indah.Abang nak Indah rela dan hubungan ni diredhai Allah.Indah ambillah berapa lama pun."Irfan senyum.Senyuman tu…..buatkan Indah rasa serba-salah..
"Terima kasih Irfan…"Indah cuba tersenyum namun pahit.Hakikatnya,bukan saja kerana dia tak bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya tapi dia juga takut dibayangi kenangan silam yang sering menghantuinya.Bayangan yang sangat takut….
"Tapi…abang nak Indah patuh syarat abang.."suara Irfan menyedarkan Indah.Dia mendongak memandang Irfan.
"Abang nak Indah tukar panggilan saya-awak tu kepada abang-Indah.Boleh?"
"Insyaallah wak…"Indah angguk.
"Ehem…bukan awak tapi Abang.."Irfan membetulkan.Indah tersenyum..
"Hm…abang…"
"Bagus..Er..Indah tak kisah kan kalau abang nak pegang tangan Indah macam ni selalu?"Irfan tersengeh nakal.
Indah terkedu.Pegang tangan?Matanya menala pada riba Irfan.Ya Allah…tangannya kemas digenggam Irfan.Tak sedar??Aduh..
Pantas Indah menarik tangannya dan bangkit."Indah nak tidur.."Indah capai bantal dan diletakkan diatas lantai."Indah tidur bawah,abang tidur atas."
"Tak…Indah tidur atas katil,abang pun tidur atas katil!"
"Tapi…"
"Indah..kan abang dah janji.Takkan Indah tak percaya.Abang kesian kat Indah,nak kena tidur kat lantai.Kalau Indah tak percaya lagi,abang letak bantal golek kat tengah.Ok sayang?"
Indah telan air liur.Hurm…bukannya sebab arahan Irfan tu tapi sebab panggilan sayang yang keluar dari mulut Irfan.Adussss…
"Ok"
Indah bangkit dari tidurnya.Mimpi tu datang lagi!Ya ALLAH…Sampai bila Indah kena hadapi semua ni?Indah tak larat..Tangannya meraup wajahnya yang basah diselaputi peluh.Matanya menala pada tempat pembaringan Irfan.Suaminya tak ada.Kemana?
Pintu bilik air terkuak.Irfan keluar dari bilik air dengan tuala.Indah memalingkan wajahnya.Uh…malu..
"Indah dah bangun?Sekarang baru pukul 5.00 pagi.Abang nak buat solat sunat.Indah nak ikut?Boleh kita jemaah.."Irfan menyoal sambil menyarungkan baju melayu ke tubuhnya.Indah angguk.Dah alang-alang terjaga,suami pula dah ajak..Afdalnya ikut jer lah.
Indah bangkit menuju ke bilik air dan mengambil wuduk.Nak mandi pagi-pagi macam ni,memang Indah tak tahan.Agaknya Irfan dah biasa mandi pagi-pagi buta macam ni.
Mereka berjemaah bersama-sama menunaikan solat sunat Tahjud,Taubat dan Hajat.Tenteramnya hati Indah,hanya ALLAH yang tahu.Memang tenang mendengar bacaan suaminya.
Usai solat,mereka mengaji bersama.Surah As-Sajadah dan Al-Mulk menjadi pilihan Irfan sementara menunggu waktu Subuh dan Indah hanya menurut.
Azan berkumandang…Solat didirikan.
Dan seperti semalam…sebuah kucupan hinggap didahi Indah.
"Awal kamu berdua bangun…"Hajah Halimah menegur.Irfan hanya tersenyum.Indah pula sibuk menolong membancuh air.
"Kan memang selalunya along bangun awal.."Irfan menjawab.Cucur jagung disumbat kemulut.
"Selalunya tu memanglah..Tapi,ni bukan selalunya..Kan pengantin baru…"Hajah Halimah tersenyum mengusik.Irfan hanya tergelak besar dan Indah menunduk.Dapat dirasakan pipinya memerah.
"Dah siap ke sarapannya?"Haji Ali muncul.
"Dah bang..Abang lambat datang.Pengantin baru ni lagi cepat!"
Ketawa Haji Ali bergema."Mah oii,malu budak-budak tu.Tu ha,muka Indah dah merah tu."Haji Ali masuk sekaki mengusik.Indah rasa macam nak cari ais jer nak letak kat muka.Irfan relaks seperti tak rasa apa-apa.
"Er..ummi,biar Indah panggil angah dengan Uda turun sarapan.."Indah mencari jalan selamat.Tak lalu rasanya kena sakat jer..
"Eh Kak Indah..awalnya bangun.Angah baru jer cadang nak tolong kejutkan pengantin tadi.."Irsha terus menembak kata bila Indah mengetuk biliknya.Aduh…tadi ummi dengan abi.Ni angah pun nak masuk sekaki?Aduh..
"Dah.Tak payahlah nak sakat akak..Jom sarapan.Panggil uda sekali ye.."
"Ok bos!"
Dah 3 bulan usia perkahwinan Indah dan Irfan.Indah rasakan segala-galanya lengkap bersama Irfan.Lelaki ni memang pandai merancang dan penuh dengan kejutan.Seminggu selepas kahwin,Irfan membawanya pindah kerumah baru.Kondominium yang sangat cantik dan selesa.
Awal dirumah itu,Indah berkeras mahu bilik yang berasingan namun Irfan tegas mahu mereka duduk sebilik.Dek kerana percayakan Irfan..akhirnya Indah mengalah.Dan Irfan tak pernah memungkiri janjinya.Cuma sesekali,Irfan bertindak nakal.Mengingatkan itu,Indah tersenyum sendiri.
Yang paling Indah suka,Irfan selalu mengingatkan dirinya perihal agama.Jika tak tahu,Tanya saja pada Irfan.Semuanya dia tahu.Untungkah aku?
Ya..memang untung.3 bulan bersama Irfan,tipulah jika dia menidakkan perasaannya pada Irfan.Memang wujud rasa kasih.Cinta??Sumpah…dia tak tahu.Namun,bila Irfan terpaksa out station,rindu terbit juga disanubari….
Malah mimpi ngeri yang dia selalu alami pun dah tak datang.Mimpi dasyat.Semua tu gara-gara paranoid yang melampau.Peristiwa di mana dia hampir dirogol bapa saudaranya 8 tahun yang lalu.Sebab tu Indah takut nak berkongsi zahirnya dengan Irfan.Semua tu amat menyesakkan dada.
"Indah…."suara yang dirinduinya menyedarkan Indah.Cepat dia memalingkan wajahnya kebelakang.
Irfan menghampiri Indah.
"Esok abang nak pergi out-station.2 hari.Ipoh."
Indah kerut."Selalu sangat abang pergi out-station.Kan minggu lepas dah pergi?"
Irfan sengeh."Dah kerja abang.Nak buat macam mana?Ker Indah rindu kalau abang tak ada?"
Indah geleng.Malu."Tak..Pergilah.Malam nanti Indah susunkan baju abang."
Indah melepaskan keluhan.Irfan…sunyinya rumah ni.Tiba-tiba bunyi ketukan dipintu menyedarkan Indah.Cepat dia buka pintu.Terkejut!Iffah datang.Secepat kilat tubuh Iffah yang tembam dipeluknya.
"Iffah!Lama tak dengar cerita.Sejak aku kahwin,kau tak pernah datang rumah pun."Indah menyergah bila mereka sudah masuk kedalam rumah.
Iffah senyum tawar."Kau tahulah aku,sibuk.Anak aku tu siapa nak jaga.Rizal asyik sibuk jer."Indah terdiam mendengar kata-kata Iffah.Lain macam jer.
"Indah…"Iffah menyeru.Indah angkat dagu.
"Suami kau pergi Ipoh lagi ker?"pertanyaan Iffah membuatkan Indah terkejut.
"Mana kau tahu?"
Sekali lagi senyuman tawar Iffah muncul.Iffah pantas menyeluk handbag nya dan mengeluarkan sampul surat bewarna koko.
"Gambar ni Rizal yang ambil pakai handset dia.Aku dah cuci.kau tengoklah."
Indah kerut wajah.Perlahan dia capai sampul surat tersebut.Ditariknya isi didalam.Indah terkedu.Air matanya bergenang.Tanpa dipaksa,mutiara putihnya jatuh menyembah bumi.
Irfan!Sampai hati.
"Aku serba salah nak cerita kat kau Indah tapi kau kawan aku..Aku.."
"Shhh.."Indah memotong kata-kata Iffah.
"Gambar ni bila lagi?"
"Bulan lepas.Tengoklah perut perempuan tu,dah besar.Aku agak dalam 7 bulan.Kau dah kahwin dengan Irfan 3 bulan tapi perut perempuan tu dah besar.Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku agak tu mesti perempuan simpanan dia."membuta tuli tuduhan Iffah.
Indah telan air liur. "Terima Kasih Iffah.Kau boleh balik sekarang."lansung dia menghalau tetamunya tanpa sedar.
Irfan memerhatikan isterinya.Kenapa nampak lain sangat ni?Tak mesra.Kaku.Aku baru balik,selalunya dia sambut semacam.Ni..
"Indah tak sihat ker?"tangan Irfan mendarat pada dahi Indah yang leka menonton TV.Indah menepis perlahan.Irfan pelik.Punggungnya dilabuhkan disebelah isterinya.Rapat.
"Boleh tak jauh sikit?Panas!"
"Abang rasa sejuk jer.Air cone ni tak cukup sejuk ker sayang?"
"Tak payah nak bersayang-sayang!"kali ni nada Indah dah melangit tinggi. "Patutlah selama ni tak kisah kalau Indah tak bagi hak abang,rupanya dah ada spare part!"Indah sudah berdiri dari tempat duduknya.Tangannya memeluk tubuh.
"Apa Indah cakap ni?"Irfan masih tenang.
Indah geram melihat ketenangan suaminya.Segera dia melangkah masuk kebilik.Seketika kemudian,dia keluar.Gambar-gambar pemberian Iffah dilemparkan ke meja.Berterabur.
"Ni apa?"jari telunjuknya menala ke meja.
Gambar-gambar yang bertaburan,Irfan capai.Ditelitinya.Lama.
"Abang boleh terangkan."
"Terangkanlah!Abang boleh cakap yang abang sebenarnya dah nikah sebelum ni.Dah ada isteri!Indah ni isteri abang yang kedua.Cakap bang!Cakap!"nada Indah tak mampu dikawal.Irfan geleng.
"Bukan sayang.Salah faham.Salah faham."
Mata Indah dah berair.Penipu!Kakinya meninggalkan Irfan dan melangkah ke balkoni.Irfan mengekori dibelakang.
"Cuba dengar apa yang abang nak cakap ni.."Bahu Indah diraih namun cepat Indah menolak.
Indah membuang pandang ke balkoni dengan sendu. "Sampai hati abang tipu Indah.Kenapa abang tak mahu berterus terang?Kenapa bang?Kenapa?"air matanya mengalir tanpa dapat ditahan.Esakkannya makin kuat.
Dari belah sisi,Irfan kedepan menghadap Indah.Menghalang pandangan Indah.Dipeluknya perlahan tubuh Indah. "Sayang dia bukan isteri abang sayang.Bukan.."Indah kaku. "Dia istimewa pada abang tapi dia bukan isteri abang."kali ni minda Indah mencerna maksud kata-kata suaminya.Istimewa?Bukan isteri?Mengandung?Perempuan simpanan!
Tanpa sedar dan di bawah kewarasan,Indah menolak kuat tubuh suaminya.Sekelip mata,tubuh Irfan terdorong kebelakang dan jatuh terhumban dari balkoni.Jeritan Irfan menyedarkan Indah.
Dump!
Indah kaget.Abang?Abang mana?Dari balkoni,Indah memandang kebawah.Ya Allah!Abang!Segera Indah keluar dari kondo dan menuju ke lif.Air matanya merembes laju.Sampai dibawah,dilihatnya Irfan menggelupur.Darah membuak-buak.
"Abang!"tubuh Irfan dipangku.Air matanya jatuh kemuka Irfan.Irfan kini nyawa-nyawa ikan. Malam yang pekat terasa sendu. "Tolong!Tolong!"Indah menjerit sekuat hati.Jiran-jiran yang berada dikawasan berdekatan mula menghampiri. "Telefon ambulans!"Indah mula menjerit lagi.
"Abang..Maafkan Indah bang.Indah tak sengaja.."Indah mengusap muka Irfan yang sudah disimbahi darah.Irfan kaku namun matanya masih terbuka walaupun kecil.
Irfan sedaya upaya cuba mengangkat tangannya untuk mencapai tangan Indah.
"Perca..cayalah In..dah..Aaa..bang cu..cu..Cuma sayang Indah.."sedaya upaya cuba diucapkan.
Indah geleng. "Indah tahu.Indah tak mau abang mati.Indah sayang abang!"Indah membalas.
Irfan senyum senang. "ALLAH…."perlahan Irfan sebut.Tangan Indah dapat merasakan tubuh Irfan dah kaku.Ditekannya dada Irfan.Sunyi tanpa denyutan.
"Abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Serentak itu,hujan turun membasahi bumi.
Kuburan Irfan basah disimbahi air.Indah merenung jauh.Jemaah lain dah tinggalkan kubur.Hanya dia yang masih disitu.Berharap dapat menemani suaminya.Mustahil..
Indah teresak semula.Semua ni salah Indah bang.Semua salah Indah!Kalau Indah tak tolak abang,mesti abang tak jatuh,mesti abang ada lagi kat muka bumi ni.Indah salah.Indah bukan isteri yang baik.Indah tak cuba mempercayai abang….
Barulah Indah tahu,perempuan tu adalah isteri kedua adik Irfan.Tak ada sesiapa pun tahu yang adik Irfan dah beristeri dua kecuali Irfan.Irfan memang selalu ke Ipoh atas urusan kerja Cuma sekali tu saja dia menemani adik iparnya yang mengandung.Dan….sebab tu Indah salah faham.
Indah sesal.Sepanjang lebih 3 bulan,dia bukanlah isteri yang baik.Dia tak memenuhi hak suaminya.Dia mementingkan diri.Kalaulah hayat abang panjang,Indah akan lakukan apa je untuk abang…Untuk abang…..
Memang Indah tak dapat maafkan dirinya.Abang………
Memori yang ada Cuma gurauan abang…
Abang………
Takdir ini dah ditetapkan…..
Takdir milik Allah…
Dan Indah terus meratapi.
** Cerpen dari penulis Novel : Chomelnya Chenta.
0 comments:
Post a Comment